window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran Toyota Vios 2021 facelift di Filipina, 25 Julai, 6 PM

Mersita · Jul 22, 2020 11:00 AM

Pelancaran Toyota Vios 2021 facelift di Filipina, 25 Julai, 6 PM 01

Sedan segmen B popular, Toyota Vios facelift bakal dilancarkan di Filipina pada hari Sabtu ini, 25 Julai 2020. Pelancaran digital tersebut bakal memperlihatkan Toyota Vios 2021 facelift yang diberi nafas baru dengan beberapa perubahan kosmetik.

Yang pasti, Toyota Vios 2021 facelift kali ini akan menonjolkan rupa hadapan baru yang tampak lebih ‘sporty’ berbanding Toyota Vios 2019 yang tampak lebih mesra dengan ‘senyuman’ pada bahagian grilnya. Ia juga akan memaparkan perumah lampu kabus yang menegak dan terselit rapi ke dalam di kedua sisi bamparnya – serupa dengan Corolla Altis terkini.

Selain daripada gril dan bampar hadapan yang baru, salah satu variannya akan diberi set rim baharu. Perubahan kecil juga mungkin akan dilihat pada bahagian bampar belakangnya.

Pelancaran Toyota Vios 2021 facelift di Filipina, 25 Julai, 6 PM 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setakat ini, rupa luarannya boleh dilihat sama dengan beberapa gambar intipan yang terkeluar baru-baru ini.

Dari segi tren kuasanya pula, Toyota Vios 2021 facelift akan diberi enjin 1.3 dan 1.5 liter yang sama dengan samada transmisi manual 5-kelajuan atau CVT. Perubahan lain barangkali akan melibatkan fabrik tempat duduknya serta penambahan baru pada sistem infotainmennya. Selain daripada itu, kita perlu tunggu dan lihat sendiri pelancarannya pada hujung minggu ini.

Pelancaran Toyota Vios 2021 facelift di Filipina, 25 Julai, 6 PM 01

Toyota Vios 2021 facelift akan dilancarkan secara digital pada 25 Julai 2020, pukul 6.00 PM. Pelancaran ini boleh ditonton pada siaran langsung di laman Facebook rasmi Toyota Motor Phillipines.

Toyota Vios 2021 facelift di Malaysia?

Pelancaran Toyota Vios 2021 facelift di Filipina, 25 Julai, 6 PM 02

Toyota Vios baru sahaja menerima facelift pada tahun lepas, dimana pilihan warna kemasan catnya diberi nafas baru dengan warna serba ceria. Memandangkan produksi Toyota Vios generasi terkini (dan adiknya, Yaris) baru sahaja bermula di loji Bukit Raja pada tahun lepas, Vios facelift baharu ini mungkin akan mengambil masa sedikit untuk sampai ke tanah air kita.

Dengan mengambil kira masa yang diperlukan untuk pemasangan lokal, besar kemungkinan pelancarannya akan dibuat pada hujung tahun 2021 atau pada 2022 – cukup ngam untuk membiarkannya segar-bugar apabila Honda City serba baharu diperkenalkan kelak.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda