window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton rancang enjin 1.5 Turbo MPI untuk model akan datang. Proton Iriz Active?

Haris · Sep 30, 2020 08:00 PM

Proton rancang enjin 1.5 Turbo MPI untuk model akan datang. Proton Iriz Active? 01

Dalam sesi soal jawab ketika pandu uji media berlangsung hari ini, Proton telah memberi sedikit petanda bahawa Proton akan menggunakan enjin 1.5 liter Turbo MPI untuk model akan datang.

Proton rancang enjin 1.5 Turbo MPI untuk model akan datang. Proton Iriz Active? 01

Bercakap dalam sesi soal jawab tersebut, En. Hazrin Fazail Haroon, Pengarah Kumpulan Kejuruteraan Proton  menyatakan bahawa terdapat rancangan untuk menggunakan enjin 1.5 liter Turbo dalam model Proton yang lain. Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai model apa yang dimaksudkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton rancang enjin 1.5 Turbo MPI untuk model akan datang. Proton Iriz Active? 01

Enjin 1.5 liter Turbo tersebut dipasang pada Proton X50 varian selain varian Flagship. Enjin tiga silinder 1.5 liter berkuasa Turbo dengan liang suntikan pelbagai (MPI) ini mampu menjana sebanyak 150 PS kuasa kuda dan 226 Nm tork.

Baru-baru ini, terdapat 2 buah model dari Proton yang diintip dengan penyamaran iaitu Proton Persona dan Proton Iriz.

Proton rancang enjin 1.5 Turbo MPI untuk model akan datang. Proton Iriz Active? 02

Kedua-duanya merupakan model segmen B tetapi melalui gambar intipan tersebut, Proton Iriz mengenakan rel bumbung mirip model konsep Proton Iriz Active. Carian pantas pada laman web MyIPO sememangnya menunjukkan tanda nama ‘Proton Iriz Active’ telah didaftarkan beberapa tahun yang lalu.

Proton rancang enjin 1.5 Turbo MPI untuk model akan datang. Proton Iriz Active? 03

Proton Iriz Active sememangnya sudah lama dalam perancangan Proton, selain Proton Iriz Turbo yang kami jumpai untuk dilupuskan beberapa ketika yang lalu.

Proton rancang enjin 1.5 Turbo MPI untuk model akan datang. Proton Iriz Active? 04

Walaubagaimanapun, perubahan pada Proton Iriz dijangka sekadar kemaskini kecil seperti kosmetik dan transmisi. Perubahan enjin pada Proton Iriz akan memakan belanja yang lebih besar dan lama, kurang sesuai untuk sebuah model yang memerlukan kemaskini yang lebih cepat.

Proton rancang enjin 1.5 Turbo MPI untuk model akan datang. Proton Iriz Active? 05

Sungguhpun begitu, perancangan Proton untuk membangunkan 2 buah model baharu selepas Proton X50 (sebuah SUV dan sebuah model lain) kelihatan lebih sesuai untuk penggunaan enjin 1.5 Turbo MPI ini. Model baharu yang dijangka hadir sebagai pengganti Proton Exora ini nampak lebih bersesuaian dengan enjin tersebut.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda