window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rakyat Malaysia terkandas, trak pikap 4x4 jadi keperluan penting di Sarawak dan Sabah

Mersita · Oct 7, 2020 08:00 PM

Rakyat Malaysia terkandas, trak pikap 4x4 jadi keperluan penting di Sarawak dan Sabah 01

Mungkin ramai yang tak tahu, tapi norma baharu di Semenanjung Malaysia tak sama dengan penduduk yang menetap di utara Sarawak – terutamanya Lawas dan Limbang.

Untuk pengetahuan, penduduk dari Sabah atau bahagian Lawas dan Limbang (kedua-duanya di Sarawak) terpaksa melalui negara Brunei untuk ke Miri dan lain-lain kawasan di sebelah selatan Sarawak. Selama ini, perkara ini tak jadi masalah – rakyat Malaysia boleh bergerak bebas dalam negara sendiri dengan hanya mengecop passport di sempadan Brunei.

Rakyat Malaysia terkandas, trak pikap 4x4 jadi keperluan penting di Sarawak dan Sabah 02

Dari Sabah atau Lawas (Sarawak), penduduk terpaksa melintas dua bahagian Brunei = BND 3 (RM 9.16) darab 4 = RM 36.64

Tapi, disebabkan kes jangkitan yang melonjak naik baru-baru ini, pihak kerajaan Brunei mengarahkan sesiapa sahaja yang mahu memasuki negara mereka, walaupun hanya melintas, perlu membuat saringan COVID-19 dan disahkan negatif terlebih dahulu. Saringan ini memakan kos RM 150 di klinik kerajaan dan setiap keputusan ujian saringan hanya sah selama 14 hari. Ditambah pula dengan kos Sistem Keluar dan Masuk yang baru sahaja dikuatkuasakan oleh kerajaan Brunei bagi keluar/masuk negara itu – BND 3 (~RM 9.14) bagi masuk dan BND 3 untuk keluar. Borang deklarasi masuk juga wajib diisi secara atas-talian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tambahan pula, kesulitan ini menyebabkan Petronas Limbang terpaksa mencatu petrol buat sementara waktu dimana sebuah kereta boleh mengisi petrol dengan had RM 10 sahaja pada satu-satu masa.

Disebabkan oleh kesukaran ini, pelbagai alternatif mula timbul untuk mengelak daripada melalui Brunei – dari kapal terbang yang seringkali penuh, feri ekspres, hinggalah ke jalan pedalaman yang ada "tol"…

Rakyat Malaysia terkandas, trak pikap 4x4 jadi keperluan penting di Sarawak dan Sabah 01

“Hailak to the rescue!”

Bagi yang terdesak disebabkan oleh kewajipan bekerja dan urusan-urusan lain yang memerlukan mereka untuk keluar, semakin ramai pemilik kenderaan 4x4 di sana terpaksa menyediakan servis pengangkutan melalui jalan ‘off-road’ supaya penumpang tak perlu bersusah payah menanggung kos ini dan memasuki negara orang semata-mata untuk bergerak di sekitar negara sendiri.

Rakyat Malaysia terkandas, trak pikap 4x4 jadi keperluan penting di Sarawak dan Sabah 02

Sumber: FB Hellen Leyn

Jalan alternatif ini adalah laluan balak dan ia melintasi kawasan-kawasan kampung seperti Long Lama dan Long Seridan. Perjalanan ini semestinya diluar kemampuan kereta biasa, walaupun untuk Perodua Myvi yang punyai reputasi ‘hero’ di Semenanjung Malaysia.

Kenderaan jenis apa yang paling popular untuk perjalanan ‘off-road’ ini? Pastinya Toyota Hilux. Dan Toyota Land Cruiser atau lebih dikenali sebagai “Ninja King”.

Satu kisah yang dikongsikan oleh Sylvester Malan di Facebooknya menceritakan perjalanan mereka yang memakan masa 23 jam dan terpaksa membayar ‘tol’ (anda pernah jumpa pengutip tol bawa sumpit?) ketika melalui kawasan berhutan pada tengah malam. Beliau memandu Toyota Hilux dari Miri ke Lawas untuk membawa barangan fertigasi cili serta SPH. Kisahnya menggambarkan pengalaman mereka menggunakan jalan alternatif ini yang katanya “mencabar namun menyeronokkan.”

Toyota Hilux dan mana-mana trak pikap yang sesuai untuk tujuan ‘off-road’ sememangnya menjadi keperluan bagi penduduk di sana, lebih-lebih lagi dalam situasi genting begini. Antara trak pikap berharga bawah RM 100,000 yang popular di sana termasuklah Toyota Hilux (bermula dari RM 89,100), Isuzu D-Max (dari RM 80,149) dan Ford Ranger (dari RM 78,910).

Rakyat Malaysia terkandas, trak pikap 4x4 jadi keperluan penting di Sarawak dan Sabah 03

Sumber: FB Sylvester Malan

Oleh itu, walaupun sebelum COVID-19 melanda dunia, trak pikap sememangnya menjadi pilihan terutama sekali bagi mereka yang selalu ada urusan untuk ke kawasan pedalaman. Bagi mereka yang duduk di bandar dan kampung yang senang diakses dengan kereta biasa, mungkin tak terfikir nak beli Hilux.

Kami harap komuniti “off-roading” di Sarawak boleh sampai ke destinasi dengan selamat dan sentiasa tabah menghadapi cabaran ini. Brunei tak perlu disalahkan atas kesukaran ini, kita tak pernah bayar apa-apa untuk gunakan jalan mereka selama ini. Bila nak ada jalanraya sendiri? Tunggulah rezeki jatuh dari langit, mungkin nanti kita akan ada kemudahan yang lebih selamat dan selesa untuk kegunaan semua.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda