window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang!

Haris · Jun 29, 2020 07:16 PM

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 01

Tahukah anda, tanda nama Corolla merupakan tanda nama terlaris di dunia dengan angka jualan sebanyak 44 juta unit (masih bertambah) sepanjang 12 generasi? 

Namun di Malaysia, seperti biasa, tanda nama Corolla tidak mampu mencapai potensi sebenarnya akibat daripada struktur cukai yang melonjakkan harganya. Apatah lagi, dengan harga mencecah RM 140,000, anda mempunyai pilihan kereta terpakai BMW 3 Series generasi F30 dan Mercedes-Benz E-Class W212.

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi jika anda peminat kejuruteraan Jepun yang andal, pastinya Toyota Corolla Altis menjadi pilihan utama anda. 

Harga Toyota Corolla Altis

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 01

Toyota Corolla Altis ditawarkan dalam 2 varian. Varian rendah adalah varian 1.8E dengan harga RM 128,888 manakala varian atas 1.8G ditawarkan pada harga RM 136,888.

Dengan tambahan RM 8,000 anda akan mendapat perbezaan kecil seperti tayar yang lebih besar, paddle shifters, kamera belakang pandangan 360 darjah, pengelap tingkap automatik dan beberapa kelengkapan yang lain. Tiada penambahan prestasi atau tren kuasa yang ditawarkan. 

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 02

Kami mengesyorkan varian atas 1.8G untuk anda kerana kesemua teknologi yang dilengkapi sesuai untuk menjangkaui zaman. Tambahan pula, penambahan yang diberikan bukan sekadar aksesori dan kosmetik sahaja. Gunakan duit anda sebaiknya. 

Ciri-ciri Toyota Corolla Altis

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 03

Tidak banyak perubahan Toyota Corolla Altis generasi ke 12 ini dengan generasi dahulu. Apatah lagi, Toyota memang terkenal dengan rekaan-rekaan yang tampak matang dan kurang bersegi. Apatah lagi dengan lambakan jalur krom disekelilingnya, tampak Toyota Corolla Altis ini lebih sesuai untuk digunakan oleh golongan yang berumur.

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 04

Pada bahagian dalam pula, Toyota Corolla Altis menggunakan rekaan berbentuk trapezoid dengan kemasan yang tampak moden dan sofistikated. Sayangnya, saiz ruang dalamannya terasa sedikit sempit walaupun rekaannya berjaya memberi ilusi ruang yang luas.

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 05

Kekurangan saiz ruang cubby dan kotak glove juga tidak membantu meluaskan ruangnya. Memang tidak boleh dibandingkan dengan juara praktikaliti, Honda Civic.

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 06

Dalam aspek keselesaan, Toyota kembali menjuarai. Tempat duduknya didatangkan dengan sokongan lumbar pada bahagian peha. Sterengnya juga mempunyai fungsi pelarasan teleskopik yang membolehkan anda mendapat posisi pemanduan ideal. Untuk lebih bacaan lanjut, sila baca rebiu penuh kami di sini.

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 07

Selain itu, kualiti binaan dalamannya sangat bagus sinonim dengan reputasi Toyota. Hanya papan pemuka dan panel pintu yang menggunakan plastik sentuhan lembut, selebihnya menggunakan plastik keras. Dengan bahan sebegini, maka tidak hairanlah Toyota Corolla Altis ni mampu bertahan sehingga bertahun lamanya.

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 08

Bagi sistem infotainment pula, Toyota Corolla Altis 1.8G menggunakan unit skrin sesentuh kapasitif bersaiz 9 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Lebih cantik lagi, saiz bezelnya dikecilkan berbanding model sebelum ini. Paparan skrinnya kurang ketajaman piksel tapi masih responsif dan senang digunakan.

Kelebihan dan kekurangan

Toyota Corolla Altis tidak boleh lari dari perbandingan dengan Honda Civic. Pilihan anda mungkin dipengaruhi dengan umur mahupun gaya pemikiran anda. Jika anda mementingkan rekaan yang lebih menarik, lebih kuasa kuda dan rekaan ergonomik dalam yang lebih baik, sudah tentu anda akan memilih Honda Civic.

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 09

Jadi, apakah kelebihan Toyota Corolla Altis yang mampu menarik pembeli untuk membayar sehingga RM 136,888? Jawapannya adalah keselesaan dan kebolehpercayaan.

Sebagai sebuah tanda nama yang paling banyak dijual di dunia, sudah tentulah Toyota Corolla Altis membawa reputasi keandalan yang boleh dipercayai. Bayangkan selepas 12 generasi Toyota Corolla, tidak mungkin Toyota mahu berhenti dengan model Toyota Corolla Altis kali ini.

Ringkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang! 10

Selain itu, keselesaan pemanduan dan kendalian dari Toyota Corolla Altis memang terbaik dalam kelasnya. Sistem suspensi dan talaan Toyota Corolla Altis memang cukup sedap. Kemasan dalamannya cantik dengan kesenyapan kabin yang bagus.

Bayangkan keselesaan pemanduan yang anda akan alami setiap hari. Ternyata, inilah kereta yang perlu anda pertimbangkan untuk kegunaan harian anda.

Tawaran tahap keselesaan yang bagus dengan reputasi yang boleh dipercayai, sudah pasti hanya orang-orang matang sahaja mampu berpandangan jauh tentang kehebatan Toyota Corolla Altis ini.

Jika anda kurang faham bagaimana tanda nama Toyota Corolla boleh mencapai angka jualan tertinggi di dunia, cuba bandingkan harga asalnya tanpa cukai iaitu sekitar RM 83,000 sahaja.

Nah, sekarang tentu anda sendiri faham kehebatan jentera Toyota dengan tanda nama Corolla pada harga yang lebih masuk akal.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda