window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VIDEO: Pemilik Toyota Vios 2020 ‘marah’ sebab fungsi penjimatan minyak!

Haris · Jun 17, 2020 09:57 AM

VIDEO: Pemilik Toyota Vios 2020 ‘marah’ sebab fungsi penjimatan minyak! 01

Toyota Vios 2020 memang sebuah kereta yang jimat minyak. Reputasinya dalam aspek penjimatan minyak memang diakui oleh ramai pengguna Toyota Vios. Selain itu, Toyota Vios 2020 juga sarat dengan pelbagai teknologi yang terkini pada harga mampu milik.

Fungsi paling menarik sekali tentulah maklumat penjimatan minyak yang dipaparkan secara berperingkat pada panel instrumen. Fungsi ini dipanggil fuel-efficient podium display. Lebih menarik lagi, fungsi ini akan mengira kadar penjimatan anda melalui gaya pemanduan anda dan membandingkannya dengan rekod pemanduan lampau.

VIDEO: Pemilik Toyota Vios 2020 ‘marah’ sebab fungsi penjimatan minyak! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Paparan kadar penjimatan minyak turut terbina pada kereta-kereta lain. Namun pada Toyota Vios 2020, paparan maklumat ini seolah-oleh suatu persaingan kerana anda bakal ‘dianugerahkan’ dengan Emas, Perak dan Gangsa.

Disebabkan kedudukan fungsi tersebut ada pada panel instrumen, anda mesti asyik ‘tertengok’ fungsi tersebut walaupun apabila enjin dimatikan.

Video paparan tersebut adalah seperti berikut: 

Pengguna Toyota Vios tersebut secara bergurau dengan nada marah kerana dibeza-bezakan oleh keretanya. “Ko ingat ni competition?” katanya.

VIDEO: Pemilik Toyota Vios 2020 ‘marah’ sebab fungsi penjimatan minyak! 01

Namun, Toyota sebenarnya lebih bijak kerana menggunakan paparan seperti itu dalam cubaan mempengaruhi pengguna supaya memandu dengan lebih efisien.

Ternyata taktik Toyota ini berjaya! Kami juga asyik nak ‘berlawan’ dengan diri sendiri bila memandu Toyota Vios 2020.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda