Kereta terhangat yang akan dilancarkan pada tahun 2021!

Tahun 2020 bakal menamatkan tirai dalam masa sebulan lebih sahaja lagi. Walaupun tahun ini dipenuhi dengan perkara yang tidak kita sangkakan, pelbagai kereta yang menarik telah dilancarkan.

Antara pelancaran terhangat untuk tahun ini

Bagi menyemarakkan semangat tahun baru, mari kita lihati senarai pelancaran yang bakal dilangsungkan pada tahun 2021.

Pelancaran kereta untuk tahun 2021
Jenama Model
BMW 5 Series 2021
Honda City Hatchback 2021
Honda Civic 2021
Lexus LS 2021
Mazda BT-50 2021
Mazda CX-9 2021
Mazda MX-30 2021
Mercedes-Benz C-Class 2021
Mercedes-Benz S-Class 2021
MG HS 2021
MG ZS EV 2021
Nissan Grand Livina 2021
Nissan Kicks 2021
Nissan Navara 2021
Nissan Serena 2021
Perodua D55L 2021
Proton Iriz 2021
Proton Persona 2021
Subaru XV 2021
Toyota Camry 2021
Toyota  Corolla Cross 2021
Toyota Fortuner 2021
Toyota Harrier 2021
Volkswagen Arteon 2021
Volkswagen Golf GTi Mk8 2021
Volkswagen Polo 2021
Volvo  S90 2021

Menarik, bukan? Untuk memudahkan anda, kami akan meringkaskan kepada 10 kereta yang bakal menjadi kehangatan untuk pelancaran tahun 2021.

Perodua D55L 2021

Lakaran daripada The Ajerul

Selain daripada Bezza facelift dan pilihan warna baharu untuk Myvi, Perodua tidak mengeluarkan sebarang model baharu pada tahun ini.

Daihatsu Rocky di Jepun dengan aksesori tambahan

Walaupun gembar-gembur untuk SUV Perodua tidak sehangat seperti Proton X50 yang lalu, SUV segmen B yang bersaudara kembar dengan Daihatsu Rocky dan Toyota Raize ini boleh menjadi satu kehangatan.

SUV Perodua yang masih belum mempunyai sebarang nama ini akan dikuasai oleh enjin 1.0L 3-silinder turbo seperti saudaranya. Unit penyamaran telah diintip baru-baru ini dan kami pernah mengupas mengenai pengganti Perodua Kembara ini.

Honda City Hatchback 2021

Lakaran daripada Indianautosblog

Honda City ialah salah satu kereta kegemaran rakyat Malaysia sejak ia mula dilancarkan pada tahun 1996. Peminat sejati Honda mungkin mengetahui bahawa Honda City pada asalnya adalah sebuah 'hatchback' dan nampaknya ia akan kembali setelah sekian lama.

Berdasarkan beberapa laporan, Honda Jazz yang sedia ada tidak akan diganti dengan generasi baharu yang kini sudah mula dijual di Eropah, Jepun, dan China. Sebaliknya, pasaran yang membangun seperti Asia Tenggara, India, dan Amerika Latin akan memperolehi model baharu yang berdasarkan Honda City.

Model ini akan bersaing terus dengan Toyota Yaris dimana ia merupakan kereta hatchback buatan luar yang paling laris di Malaysia. Namun begitu, butiran masih samar tetapi ia dijangka akan menggunakan tren kuasa yang sama seperti Honda City.

Proton Iriz 2021

Proton Iriz telah mengalami kesukaran untuk menggoda pembeli daripada memilih Perodua Myvi. Menariknya, perkara ini tidak menjadi masalah sama sekali buat Proton Persona sehinggakan ia menjadi sedan segmen B yang paling laris di Malaysia. Walau apapun, intipan unit penyamaran untuk kedua-dua model ini mencadangkan bahawa kemaskini (facelift) akan beransur tidak lama lagi.

Imej: Behind The Wheel

Perodua Iriz mempunyai keselesaan dan pengendalian yang mantap tetapi ia dihampakan oleh transmisi CVT Punch yang tidak responsif dan bising. Dengan jualan yang semakin menurun, semestinya Proton harus melakukan sesuatu.

Bar di bumbung yang mencadangkan varian Active

Proton sebenarnya sedar akan isu ini. Berbanding kemaskini tahun 2019, Iriz 2021 bukan sahaja akan menampilkan perubahan visual, malah ia akan menggunakan transmisi automatik konvensional 4 kelajuan seperti Proton Saga. Pada masa yang sama, varian ‘crossover’ akan hadir dimana ia mungkin akan dikenali sebagai Iriz Active.

Proton Persona 2021

Proton Persona di hadapan Proton Iriz. Imej: The Ajerul

Walaupun Proton Persona cukup laris, ia juga menggunakan transmisi CVT yang sama seperti Iriz. Oleh itu, Proton berhasrat untuk mengubah beberapa aspek bagi melengkapkan lagi pakej yang sedia ada.

Sesetengah pihak mungkin berpendapat bahawa perubahan ke transmisi automatik 4 kelajuan seperti melangkah ke belakang tetapi menurut kami, ini adalah satu kebaikan.

Selain daripada penambahan varian baru, perubahan pada Persona akan mengikuti Iriz dimana ia merangkumi transmisi baru, rekaan baru, dan skrin infotainment yang berdiri. Walaupun perubahan ini tidak begitu besar, ini keputusan yang cukup baik oleh Proton.

Honda Civic 2021

Honda Civic ialah buah hati rakyat Malaysia. Malah ia dipilih untuk menjadi kereta peronda polis dan askar Malaysia.

Walaupun model sekarang masih segar, prototaip yang terbaru akan dirasmikan pada 17 November ini. Honda Civic yang bergenerasi ke-10 sekarang dirasmikan secara global pada tahun 2015 sebelum ia tiba di Malaysia pada tahun 2016. Pada Februari yang lalu, model facelift dilancarkan di Malaysia.

Berdasarkan lakaran kami, Honda Civic 2021 mungkin kelihatan mirip Honda Accord tetapi tanpa lampu ‘stapler’. Ini mungkin sesuatu yang baik untuk pembeli yang menginginkan sebuah Civic yang lebih selesa.

Toyota Harrier 2021

Toyota Harrier ialah sebuah SUV yang disegani sejak ia diimport ke Malaysia pada tahun 90-an. UMW Toyota Motor menjual Harrier secara rasmi sejak tahun 2017 untuk menawarkan pemilikan sebuah SUV premium yang lebih terjamin.

Generasi keempat dilancarkan di Jepun pada Jun yang lalu. Tidak lama kemudian, pelancaran di Amerika beransur dengan menggunakan nama “Venza”. Untuk Malaysia, kami jangkakan pelancaran pada lewat 2021. Untuk maklumat anda, Toyota telah menggugurkan enjin 2.0L turbo dan menggantinya dengan dua pilihan enjin Dynamic Force.

Antaranya ialah enjin 2.0L aspirasi natural yang menghasilkan 171 PS dan 207 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi Direct Shift CVT. Pilihan yang kedua ialah enjin 2.5L hibrid yang menghasilkan 178 PS dan 221 Nm tork. Pasaran Malaysia berkemungkinan mendapat enjin 2.0L namun tidak mustahil sekiranya varian hibrid dilancarkan sekali.

Volkswagen Golf GTi 2021

Volkswagen Malaysia mungkin melancarkan 3 model pada tahun 2021. Walau apapun, tiada apa yang lebih menarik daripada pelancaran Golf GTi Mk8. Mengapa?

Buat kali pertamanya, model ini akan dipasang tempatan (CKD). Berdasarkan intipan yang diperoleh, Golf GTi 2021 mempunyai pelekat di cermin hadapan yang menulis ‘Assembled & Inspected by HICOM’.

Ini bermaksud 'hot hatch' Jerman yang cukup ikonik ini akan dipasang di sini. Perkara ini memberikan peluang kepada pembeli untuk merasai legenda moden dengan harga yang lebih rendah. Untuk maklumat anda, Golf GTi Mk8 CKD akan hadir dengan enjin 2.0L turbo (245 PS/370 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac basah (DSG) 7 kelajuan.

MG 2021

Kali terakhir jenama baharu dipasarkan di Malaysia, ia seolah-olah ghaib. Dengan itu, kami berharap ketibaan MG pada tahun hadapan akan menghasilkan lebih tumpuan berbanding jenama Borgward.

Jenama oleh gabungan British dan China ini akan melancarkan dua SUV. Salah satunya ialah MG HS yang agak kacak dimana ia akan bersaing dengan Proton X70. Malah wajah hadapannya juga mirip sebuah Mazda.

Model yang kedua ialah MG ZS dimana ia merupakan kereta elektrik (EV) terlaris di Thailand. Memandang rakyat Malaysia yang kini sudah cenderung ke arah SUV, pelancaran ini boleh menjadi percaturan yang menjadi buat pasaran EV di Malaysia.

Toyota Corolla Cross 2021

Sejak Toyota Corolla Cross membuat debut di Thailand pada Julai yang lalu, kehangatan SUV segmen B ini dirasai sehingga ke Malaysia. Malah sebuah penyamaran pernah dilihat di Malaysia tidak lama selepas pelancaran di Thailand beransur.

Walaupun pelancaran di Indonesia dan Vietnam dilangsungkan awal tahun tempoh hari, pelancaran di Malaysia mungkin mengambil sedikit masa kerana ia akan dipasang tempatan (CKD).

Logo berwarna biru yang menandakan varian hibrid

Untuk maklumat anda, Corolla Cross didatangkan dengan dua pilihan enjin 1.8L dimana salah satunya ialah enjin hibrid. Menariknya, kedua-dua enjin dijangka untuk dilancarkan di Malaysia sebagai perancangan UMW Toyota Motor untuk menjual lebih banyak model hibrid. Butiran lanjut mengenai Corolla Cross 2021 boleh didapati di sini.

Mazda BT-50 2021

Mazda BT-50 yang sebelum ini merupakan sebuah trak pikap dengan rupa yang agak unik.

Ia dibangunkan berdasarkan Ford Ranger tetapi untuk model baru, ia akan dibangunkan berdasarkan Isuzu D-Max yang tahan lebih lasak.

Ketua Pegawai Eksekutif Bermaz mengesahkan bahawa trak pikap Mazda ini akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2021. Hal ini bermaksud BT-50 akan dilancarkan lebih awal daripada saudaranya sendiri yang dijangka untuk tampil pada di Malaysia pada tahun 2022.

Sebagai perbandingan, Mazda BT-50 dikhususkan untuk kegunaan dalam bandar. Dari segi tren kuasa, Mazda BT-50 2021 akan menggunakan enjin 3.0L turbodiesel Ddi BluePower seperti Isuzu D-Max dimana ia menghasilkan 190 PS dan 450 Nm tork.

Konklusi

Apa cerita dengan kereta terbang?

Inilah senarai pelancaran yang menarik yang bakal dilangsungkan pada tahun 2021. Nampaknya, kereta terbang pada tahun 2020 yang kita angankan selama ini mungkin tidak semudah yang disangka. Walau apapun, pelancaran yang manakah paling anda nantikan?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Ativa

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model