window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry?

Faisal · Sep 8, 2020 11:48 AM

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 01

Sebelum tirai pelancaran Honda City 2020 dibuka oleh Honda Malaysia, mari kita imbau kembali sedan Honda yang cukup popular sejak kemunculan pertama pada 25 tahun yang lepas.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 02

Honda City sebenarnya bukan berusia 25 tahun. Terdapat model Japan Domestic Model (JDM) yang lebih kecil pada tahun 1981. Dengan itu, ia sepatutnya berusia 40 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun begitu, Honda City hanya memasuki pasaran Asia pada tahun 1996.

Generasi permulaan

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 01

Honda City pada asalnya hanya dibina untuk pasaran Jepun, Eropah, dan Australia pada era 80-an tetapi sambutan tidak berapa menggalakkan. Dengan itu, Honda cuba memasarkan model City di Asia Tenggara.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 02

Antara keutamaan Honda dalam membangunkan City untuk pasaran Asia Tenggara ialah:

  • Saiz badan yang kompak dengan jarak roda tidak kurang daripada 2,500 mm dan kelebaran tidak kurang daripada 1,690 mm untuk ruang kabin yang mencukupi.
  • Prestasi enjin sebanyak 96 PS di samping memberikan penjimatan bahan api.
  • Keselesaan yang merangkumi ruang yang luas, ciri ergonomik yang bagus, dan mutu perjalanan yang baik.
  • Sistem keselamatan yang dilengkapi dengan teknologi terkini.
  • Harga yang berpatutan di samping mengekalkan gaya dan keutuhan teknologi.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 03

Hasilnya, City SX8 membuat debut pada tahun 1996 di Thailand. Model ini menggunakan platform Civic generasi EF yang dibina di kilang baru di Ayutthaya, Thailand dengan bersumberkan bahan tempatan sebanyak 70 peratus untuk mengekalkan kos yang rendah.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 04

Kelahiran Honda City di Thailand telah menjadi satu kejayaan. Tidak lama kemudian, ia mula dijual di pasaran negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia, dan Filipina. Pada masa yang sama, ia merupakan kenderaan Honda yang pertama dilancarkan di India.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 05

Fakta menarik: Model SX8 yang menerima facelift pada pertengahan hayatnya dikenali sebagai Type Z. Ia didatangkan dengan enjin 1.5 liter VTEC.

City yang di-Jazzkan

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 06

Sekiranya City SX8 terlalu ringkas, generasi GD8 menerima rupa paras yang agak unik. Walaupun sesetengah pihak berpendapat bahawa ia kelihatan agak pelik, Proton Persona dan Perodua Bezza semestinya menjadikan model ini sebagai inspirasi.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 07

Honda City GD8 dibina berdasarkan Honda Jazz GD3. Generasi ini turun dijual di Japan sebagai model Fit Aria. Dilancarkan pada tahun 2002, ia didatangkan dengan enjin 1.5 liter i-DSi sebelum enjin VTEC dikeluarkan.

Menurut pendapat ramai, enjin i-DSi dipuji kerana mempunyai penjimatan bahan api yang mengagumkan walaupun daya pecutannya agak perlahan.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 08

Namun demikian, ia mempunyai transmisi CVT 7 kelajuan yang agak teruk. Ini mungkin disebabkan oleh sentuhan pertama Honda untuk transmisi jenis CVT.

Model facelift yang dilancarkan pada tahun 2005 memberikan gaya yang lebih menawan dan mutu perjalanan lebih lancar melalui talaan suspensi yang lebih baik.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 09

Walau bagaimanapun, ciri praktikal pada Honda City generasi ini tidak boleh dinafikan. Dibina bersama Honda Jazz, ia juga memiliki ciri Ultra Seats yang memberikan ruang penyimpanan yang cukup luas di bahagian belakang.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 10

Fakta menarik: Varian pacuan 4-roda juga didatangkan di pasaran Jepun. Ia mempunyai enjin 1.3 liter L13A dan 1.5 liter L15A.

Penguasaan pasaran global

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 11

Sewaktu Honda City generasi GM2 ini dilancarkan, nama City telah menjadi ikon bukan sahaja di Asia Tenggara malah sehingga ke Amerika Latin, Timur Tengah, Australia, Asia Timur, dan Asia Barat.

Pada masa yang sama, ia dijual di Eropah Timur seperti di Poland walaupun hanya untuk tempoh yang singkat.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 12

Honda City GM2 memaparkan rupa paras yang lebih selari berbanding City GD8. Pasaran Malaysia didatangkan dengan enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan automatik.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 13

Fakta menarik: India mengungguli Thailand sebagai pasaran utama untuk Honda City generasi ini dengan bahagian pasaran sebanyak 35 peratus dalam segmennya. Pada masa yang sama, enjin diesel turut ditawarkan di pasaran India.

Tork yang tinggi

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 14

Honda City GM6 dalam pasaran kita sekarang menggunakan falsafah “Man Maximum, Machine Minimum”. Ia memberikan pendekatan praktikal yang tinggi di samping menawarkan prestasi yang cukup memuaskan.

Walaupun berada dalam pasaran Malaysia sejak tahun 2014, ia masih menawarkan pembelian yang berpatutan dan berbaloi.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 15

Selain itu, ia didatangkan dengan varian hibrid untuk pengguna yang mementingkan kecekapan bahan api yang lebih baik di samping mengekalkan sifat mesra alam.

Enjin 1.5 liter pada generasi ini diambil daripada generasi sebelumnya kerana enjin ini masih memberikan angka kuasa dan penjimatan bahan api yang cukup berdaya saing selain ketahanan komponen enjin yang cukup baik.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 16

Tetapi gosip yang paling hangat diperkatakan semestinya pada Honda City 2020 kerana iklan yang cukup berkontroversi dan berani. Dengan 253 Nm tork daripada enjin hibrid 1.5 liter i-MMD, ia sememangnya memberikan tamparan hebat terhadap pesaingnya, malah terhadap sedan segmen D seperti Toyota Camry.

Bagaimana Honda City mengorak langkah daripada sebuah kereta ringkas sehingga boleh menggugat Toyota Camry? 17

Lebih mengagumkan lagi apabila Malaysia menjadi negara pertama yang akan membuat debut Honda City RS. Dengan beberapa generasi yang cukup ikonik, generasi manakah yang anda pernah miliki dan apakah memori yang paling anda tidak boleh lupakan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda