window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux Mako merupakan Hilux mirip Ford Raptor yang kita inginkan di Malaysia

Faisal · Oct 3, 2020 01:50 PM

Toyota Hilux Mako merupakan Hilux mirip Ford Raptor yang kita inginkan di Malaysia 01

Toyota New Zealand telah menampilkan Toyota Hilux Mako. Diinspirasikan oleh nama jerung yang paling ganas di lautan, ia dibina untuk menyaingi Ford Raptor. Namun begitu, Hilux ini direka khusus untuk pasaran New Zealand sahaja.

Toyota Hilux Mako merupakan Hilux mirip Ford Raptor yang kita inginkan di Malaysia 02

Perbezaan yang terdapat pada Hilux Mako ialah set suspensi yang boleh melaraskan ketinggian, roda 18 inci dengan tayar off-road, reka bentuk stereng kulit yang baharu, dan kerusi kulit yang boleh direka bentuk mengikut kesesuaian pengguna.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Hilux Mako merupakan Hilux mirip Ford Raptor yang kita inginkan di Malaysia 01

Selain itu, ia turut mendapat sentuhan eksterior seperti yang terdapat pada Toyota Hilux Rugged X. Sentuhan ini merangkumi palang hadapan dengan lampu LED, perlindungan bahagian bawah kenderaan, fender yang lebih menyerlah, dan cangkuk tunda di bahagian hadapan dan belakang.

Toyota Hilux Mako merupakan Hilux mirip Ford Raptor yang kita inginkan di Malaysia 02

Mengenai suspensi, Toyota telah memberikan Hilux Mako sepasang suspensi ARB Old Man Emu yang berspesifikasi penuh. Pada masa yang sama, Toyota turut memberikan kemaskini pada sistem penyerap hentakan (shock absorber).

Toyota Hilux Mako merupakan Hilux mirip Ford Raptor yang kita inginkan di Malaysia 03

Kemaskini ini berupaya meningkatkan pelarasan ketinggian sebanyak 40 mm di hadapan dan 50 mm di belakang.

Toyota Hilux Mako merupakan Hilux mirip Ford Raptor yang kita inginkan di Malaysia 04

Dari segi brek, cakera yang lebih besar didatangkan di bahagian hadapan dengan pad bek yang lebih berprestasi tinggi. Selain itu, ia turut mendapat brek hos jenis keluli. Talaan ini memberikan kawalan pedal brek yang lebih sedap. Dengan rupa paras yang ranggi sebegini, adakah anda mahukan Hilux Mako di pasaran Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda