window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah?

Faisal · Dec 28, 2020 05:00 PM

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 01

Berdasarkan kiraan 5 tahun/100,000 km, kos penyelenggaraan Honda City adalah sebanyak RM 3,669, manakala Proton X50 pula adalah sebanyak RM 4,326. Sebagai perbandingan, kos penyelenggaraan Mitsubishi Xpander adalah sebanyak RM 4,215.

Sebelum kami kupaskan lebih lanjut, ada sebabnya kami bandingkan diantara SUV, sedan, dan MPV.

Seperti semua kereta jenis SUV hari ini, Proton X50 dan Mitsubishi Xpander dikhususkan buat pengguna kereta jenis sedan/hatchback yang ingin menaik taraf.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebenarnya, tiada sebab khusus untuk memilih salah satu diantaranya. Semuanya berbantung kepada citarasa masing-masing. Yang pastinya, ketiga-tiga model ini berada di segmen B.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 01

Mengimbau kembali, Proton X50 2020 dilancarkan pada Oktober yang lalu dengan harga yang bermula dari RM 79,200 hingga RM 103,300. SUV segmen B ini bersaing dengan Hyundai Kona dan Honda HR-V.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 02

Turut dilancarkan pada bulan yang sama, Honda City 2020 berharga dari RM 74,191 hingga RM 86,561. Harga varian RS pula akan diketahui pada Januari 2021. Sedan segmen B ini bersaing dengan Nissan Almera dan Toyota Vios.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 03

Mengenai Mitsubishi Xpander 2020 pula, tempahan sudah dibuka pada Oktober yang lalu dengan harga yang hanya dikeluarkan sebulan kemudian. MPV segmen B yang berharga RM 91,369 ini bersaing dengan Honda BR-V dan Perodua Aruz.

Sedan lebih murah untuk diselenggara?

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 04

Berdasarkan angka yang kami rumuskan, sepertinya kereta jenis sedan lebih murah untuk diselenggara berbanding kereta jenis SUV.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 05

Walau bagaimanapun, ia tidak menceritakan secara keseluruhan.

Kos servis Honda City 2020
Bulan Perbatuan (km) Kos (RM)
1 1,000 0
6 10,000 243.74
12 20,000 301.69
18 30,000 319.53
24 40,000 446.83
30 50,000 243.74
36 60,000 391.29
42 70,000 243.74
48 80,000 446.83
54 90,000 319.53
60 100,000 712.79
Jumlah 3,669.71

Antara sebab Honda City menjadi lebih murah untuk diselenggara ialah kerana Honda menawarkan kos upah percuma secara bergilir sehingga 5 tahun/100,00 km.

Kos servis Proton X50 2020
Bulan Perbatuan (km) Kos (RM)
1 1,000 0
6 10,000 275.54
12 20,000 342.70
18 30,000 358.22
24 40,000 459.35
30 50,000 358.22
36 60,000 637.15
42 70,000 258.22
48 80,000 459.35
54 90,000 640.10
60 100,000 438.10
Jumlah 4,326.95

Sebagai perbandingan, Proton dan Mitsubishi tidak menawarkan sebarang kos upah percuma.

Kos servis Mitsubishi Xpander 2020
Bulan Perbatuan (km) Kos (RM)
1 1,000 37.10
6 10,000 219.18
12 20,000 322.39
18 30,000 279.48
24 40,000 546.64
30 50,000 219.18
36 60,000 911.41
42 70,000 219.18
48 80,000 546.64
54 90,000 279.48
60 100,000 634.70
Jumlah 4,215.38

Bagaimana pula dengan servis yang paling mahal?

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 06

Ketiga-tiga saingan ini mempunyai kos servis yang berbeza.

Mengenai Proton X50, servis yang paling mahal ialah sewaktu tempoh ke 54 bulan/90,000 km dimana ia berharga RM 640.10. Sebab utama ialah penukaran minyak transmisi DCT.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 07

Sebagai perbandingan, servis yang paling mahal buat Honda City adalah pada tempoh ke 60 bulan/100,000 km dimana spark plug perlu ditukar. Harga spark plug ini tidak murah kerana ia menggunakan jenis iridium dimana ia berharga RM 554.20 untuk menukar keempat-empatnya sekali. Secara tidak langsung, kos servisnya berjumlah RM 712.79.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 08

Walau apapun, kos servis yang paling mahal jatuh kepada Mitsubishi Xpander sewaktu tempoh ke 36 bulan/60,000 km. Kos servis yang mencecah RM 911.41 ini disebabkan oleh kerja penukaran penapis petrol.

Jangan lupa kos tayar

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 09

Kebiasaannya, kos tayar tidak termaktub di dalam jadual penyelenggaraan rasmi. Walau bagaimanapun, ia perlu diambil kira.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 10

Diantara ketiga-tiga saingan ini, tayar Honda City adalah paling kecil dimana ia berukuran 16 inci (185/55R16). Mitsubishi Xpander juga menggunakan tayar bersaiz 16 inci tetapi ianya lebih lebar (205/55R16).

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 11

Berdasarkan harga pasaran, sebiji tayar Honda City berharga dalam lingkungan RM 180 ke Rm 230. Disebabkan lebih lebar, tayar Mitsubishi Xpander berharga sekitar RM 200 ke RM 250.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 12

Sebagai SUV yang mengenakan saiz sebesar 17 ke 18 inci, tayar Proton X50 adalah paling mahal.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 13

Untuk saiz 215/60R17 pada varian Standard dan Executive, harga sebiji tayar adalah sekitar RM 400 ke RM 500. Untuk saiz 215/55R18 pada varian Premium dan Flagship, sebiji tayarnya berharga dalam lingkungan RM 450 ke  RM 550.

Konklusi

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 14

Walaupun harga buat ketiga-tiga saingan ini tidak begitu jauh, harga penyelenggaraannya pula agak berbeza.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 15

Walaupun dengan kos penyelenggaraan dan kos tayar yang paling mahal, Proton X50 jauh lebih berprestasi. Namun demikian, anda perlu menyesuaikan dengan posisi pemanduan yang kurang menyokong. Di samping itu, ia tidak mempunyai sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 16

Sebagai sebuah MPV, Mitsubishi Xpander menawarkan aspek praktikal yang terbaik dimana ia hadir dengan pelbagai ruang storan. Selain itu, skrin infotainment sesentuh yang bersaiz 9 inci juga mempunyai sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Malangnya, MPV ini hanya ditawarkan dengan 2 beg udara sahaja.

Perbandingan kos 'maintenance': Proton X50, Honda City, Mitsubishi Xpander – mana paling murah? 17

Perkara ini membawa kami kepada Honda City, Walaupun prestasinya tidak sebagus Proton X50 ataupun aspek praktikal yang tidak sebaik Mitsubishi Xpander, Ia mempunyai pakej keseluruhan yang lebih rapi. Seperti Mitsubishi Xpander, Honda City juga hadir dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tetapi pada skrin infotainment sesentuh yang bersaiz 8 inci. Sekiranya kita ketepikan aspek kelengkapan, Honda City sebenarnya paling murah untuk dibiayai. Malah kos tayarnya juga paling murah diantara ketiga-tiga saingan ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda