window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Barang Rare: Proton Saga Limousine 1.5A original. Antara model Proton Saga paling mahal?

Haris · Sep 14, 2020 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun begitu, mungkinkah Proton Saga Limousine 1.5A ini model Proton Saga paling mahal? Proton Saga Limousine adalah sebuah model khas yang dikeluarkan pada tahun 1990 dengan harga anggaran sekitar RM 50,000 pada ketika itu. Proton Saga Edisi Ulangtahun ke 25 pula pernah dijual pada harga RM 54,500 pada tahun 2010. 

Barang Rare: Proton Saga Limousine 1.5A original. Antara model Proton Saga paling mahal? 01

Model Proton Saga Limousine ini pernah dihantar ke pejabat Perdana Menteri untuk digunakan oleh Perdana Menteri Ke 4 ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir. Dalam wawancara ketika itu, model Proton Saga Limousine ini disasarkan untuk kegunaan VIP dan pegawai tinggi kerajaan bagi menggantikan model-model Mercedes-Benz, BMW dan Volvo.

Barang Rare: Proton Saga Limousine 1.5A original. Antara model Proton Saga paling mahal? 02

Pembangunan Proton Saga Limousine ini adalah hasil kerjasama EON (Edaran Otomobil Nasional) dengan Aldo Travaglini, seorang rakyat Itali yang menetap di Australia. Berkemungkinan besar, model ini adalah usaha EON melalui anak syarikatnya Automotive Conversion Engineering yang mengubah model Proton sedia ada kepada model eksekutif ataupun limosin.

Barang Rare: Proton Saga Limousine 1.5A original. Antara model Proton Saga paling mahal? 03

Model Proton Saga Limousine adalah 25% lebih panjang berbanding kereta Proton Saga generasi pertama. Proton Wira Limousine masih mempunyai lebih banyak kelengkapan berbanding model Proton Saga Limousine ini. Model untuk dijual ini dilihat lebih 'kosong'.

Barang Rare: Proton Saga Limousine 1.5A original. Antara model Proton Saga paling mahal? 04

Kereta ini dilihat mempunyai cat yang baharu. Selain daripada itu, kesemua kelengkapan dalaman masih kelihatan sama. Tahun dibuat adalah pada tahun 1995. Kelengkapan dalam turut mengingatkan kami mengenai Proton Saga spesifikasi UK.

Barang Rare: Proton Saga Limousine 1.5A original. Antara model Proton Saga paling mahal? 05

Jika anda berminat, dapatkan model Proton Saga Limousine 1.5A ini di Tawau. Selepas 25 tahun, harganya seolah-olah tidak jatuh dengan ketara pada harga RM 15,000. Berbaloi?

Beli di: Mudah

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda