window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona?

Mersita · Apr 24, 2021 04:00 PM

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 01

Sedan segmen B masih lagi menjadi pilihan ramai apabila hendak mencari kereta keluarga. Di Malaysia, pilihan yang ada bagi sedan segmen B termasuklah Honda City, Proton Persona, Toyota Vios, dan Nissan Almera.

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 02

Dalam banyak-banyak pilihan ini, mana satu yang paling bagus dari segi praktikaliti? Ada yang mencari kereta dengan kriteria seperti penjimatan minyak atau kuasa kuda. Tapi bagaimana pula dengan keluasan ruang kabin dan simpanan?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam entri kali ini, kami akan bincangkan kriteria ruang sahaja – Sedan segmen B yang mana paling luas? Adakah pembelian anda berbaloi ataupun patutkah anda ‘trade in’ kereta untuk untuk diganti dengan yang lebih luas?

Ruang kepala – Vios dan Persona paling luas silingnya

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 01

Kalau nak diikutkan, tak banyak bezanya antara saloon segmen B ini dari segi ruang kepala. Namun, merujuk kepada data yang dikumpul, Toyota Vios menawarkan ruang kepala yang paling luas di tempat duduk barisan hadapan iaitu 980 mm (diukur dari permukaan tempat duduk paling bawah hingga ke siling).

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 02

Tempat duduk barisan pertama Proton Persona

Tempat duduknya juga telah dilaras ke posisi paling bawah apabila diukur.

Ruang kepala barisan hadapan
Toyota Vios 980 mm
Proton Persona 970 mm
Nissan Almera 970 mm
Honda City 950 mm

Bagaimana pula dengan ruang kepala di barisan kedua? Bagi ini, Proton Persona merangkul tempat pertama dengan ukuran 930 mm (diukur dari permukaan tempat duduk hingga ke siling).

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 03

Barisan tempat duduk kedua di dalam Proton Persona
Ruang kepala barisan kedua
Proton Persona 930 mm
Toyota Vios 920 mm
Nissan Almera 900 mm
Honda City 900 mm

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 04

Tinggi 930 mm ini memberi ruang atas kepala berjarak lebih kurang 1.5 bola tenis di dalam Proton Persona

Honda City dan Nissan Almera pun tidaklah ketinggalan jauh dalam aspek ini. Perbezaannya hanyalah beberapa sentimeter sahaja.

Ruang kaki – Keputusan seri antara Nissan Almera dan Toyota Vios

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 05

Keluasan ruang kaki merupakan salah satu aspek paling penting dalam pemilihan kereta. Dalam perbandingan ini pula, siapa pemenangnya? Salah satu cara kami menilainya ialah dengan mengukur ruang kaki maksima di barisan tempat duduk pertama dan juga yang kedua.

Ini bermaksud yang ruang kaki maksima bagi barisan pertama diukur apabila kerusinya ditolak ke tahap paling belakang, manakala ruang kaki bagi barisan kedua pula diukur apabila kerusi barisan pertama ditarik ke tahap paling hadapan.

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 06

Ruang kaki diukur dari bahagian sisi kerusi (bawah peha) barisan hadapan hingga ke papan pemuka. Nissan Almera ditunjukkan dalam gambar di atas.
Ruang kaki maksima barisan hadapan
Toyota Vios 380 mm
Nissan Almera 360 mm
Honda City 350 mm
Proton Persona 320 mm

Sedan segmen B yang mana satu mempunyai ruang kaki barisan hadapan paling luas? Juaranya ialah Toyota Vios, dengan ruang kaki maksima di kerusi barisan hadapan sepanjang 380 mm.

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 07

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 08

Tempat duduk barisan kedua di dalam Honda City mempunyai ruang kaki paling luas apabila kerusi ditarik ke sepenuhnya ke hadapan – sesuatu yang amat jarang dilakukan

Bagaimana pula ruang kaki maksima di barisan kedua? Honda City paling menyerlah dalam aspek ini dengan ruang kaki maksima 500 mm. Memang sangat luas.

Ruang kaki maksima barisan kedua
Honda City 500 mm
Nissan Almera 440 mm
Toyota Vios 430 mm
Proton Persona 370 mm

Tapi, anda mungkin terfikir, ruang kaki maksima bukanlah satu-satunya cara untuk membandingkan kereta-kereta ini. Bagi penggunaan harian, kita bukanlah menolak atau menarik kerusi barisan hadapan ke arah paling hadapan dan paling belakang.

Ukuran di atas hanyalah untuk melihat betapa fleksibelnya ruang yang ditawarkan di dalam kereta-kereta ini sekiranya anda perlu mengangkut barang atau menjalankan aktiviti lain selain daripada memandu.

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 09

Kami belum pernah menyorong kerusi barisan hadapan ke hadapan atau ke belakang sepenuh-penuhnya ketika memandu seperti biasa

Bagi menunjukkan ruang kaki yang normal, kami laraskan jarak 250 mm bagi kerusi di barisan hadapan dan kami ukur ruang kaki yang tinggal di barisan belakang.

Hasilnya? Kami dapat angka yang sama untuk Nissan Almera dan Toyota Vios iaitu 300 mm (diukur dari bahagian sisi lebar tempat duduk belakang hingga belakang penyandar kerusi hadapan). Apabila orang dewasa berketinggian sederhana duduk, kami dapat jarak lutut dengan kerusi hadapan sebanyak 2 bola tenis.

Ruang kaki normal barisan kedua
Toyota Vios 300 mm
Nissan Almera 300 mm
Honda City 290 mm
Proton Persona 230 mm

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 10

Ruang kaki 2 bola tenis di dalam Nissan Almera.

Ruang but – Honda City paling besar!

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 11

Ukuran ruang but Honda City

Merujuk kepada dimensi ruang but yang disenaraikan bagi kereta-kereta ini, Honda City jelas berada di tangga teratas dalam aspek ini dengan ruang but 519 liter; diikuti dengan Proton Persona pada 510 liter.

Kapasiti ruang but
Honda City 519 L
Proton Persona 510 L
Toyota Vios 506 L
Nissan Almera 482 L

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 12

Proton Persona mempunyai kapasiti but sebanyak 510 liter

Toyota Vios pula merekodkan angka 506 liter – tidak begitu banyak bezanya dengan Proton Persona. Nissan Almera pula mempunyai angka paling rendah bagi aspek ini dengan hanya 482 liter.

Semua tempat duduk belakang boleh dilipat sambil menawarkan tahap praktikaliti yang memuaskan. Jika dicari satu perkara yang boleh menurunkan sedikit skor antara mana-mana kereta ini, ia pastinya ketinggian bukaan but pada Proton Persona dimana anda terpaksa mengangkat barangan muatan anda lebih tinggi untuk memasukkannya ke dalam but.

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 13

Ukuran ruang but Toyota Vios

Proton Persona dan Nissan Almera menawarkan ruang but paling dalam – 1,050 mm dan 1,060 mm masing-masing.

Kesimpulan

Inilah perbandingan paling teliti kami ingin persembahkan kepada anda apabila berbincang tentang ruang dalaman dan ruang simpanan antara sedan segmen B popular di Malaysia.

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona? 14

Jika ruang kepala luas yang anda mahukan, Toyota Vios dan Proton Personalah pilihan terbaik anda. Jika ruang kaki luas yang anda perlukan, keputusannya seri antara Nissan Almera dan Toyota Vios. Selain dari itu, jika ruang but yang paling besar anda cari, Honda City pilihan terbaik anda.

Jujurnya, perbezaan antara saiz ruang kabin antara sedan-sedan ini tidak banyak bezanya dan hanya akan menjadi ketara jika anda berpeluang untuk menguji setiap satu daripadanya. Masih ada faktor-faktor lain yang patut anda pertimbangkan sebelum memilih kereta yang paling sesuai bagi anda, contohnya kecekapan minyak serta kos pembelian dan penyelenggaraan.

Selamat memilih!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda