window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi?

Haris · Mar 28, 2021 02:00 PM

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 01

Toyota Corolla Cross baru sahaja dilancarkan minggu ini. Walaubagaimanapun, ramai yang memberi maklum balas bahawa model ini beberapa tahun lambat untuk ditawarkan di Malaysia. Ada benarnya apabila melihatkan bagaimana model SUV lain kini sudah matang dalam pasaran.

Apatah lagi, SUV kegemaran Malaysia iaitu Proton X70 kini sudah 3 tahun dalam pasaran. 

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lagipun, harga Proton X70 varian paling atas sangat dekat dengan Toyota Corolla Cross varian asas (RM 123k vs RM 124k). Oleh yang demikian, tak mustahil jika pembeli akan membandingkan antara kedua-dua model ini?

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 01

Jadi di sini kami bincangkan, apakah pilihan utama anda? Harga yang berbaloi atau ketahanan dan reputasi Toyota? Di sini kita bincangkan.

Rekaan luar - Adakah anda jenis tak kisah?

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 02

Secara peribadinya, rekaan daripada Peter Horbury ini lebih menarik di mata. Seorang artis yang benar-benar berbakat, sentuhan beliau pada Proton X70 sukar ditandingi. Proton X70 generasi sekarang mampu membuatkan seorang ketua jabatan kerajaan tidak malu berada di dalamnya, apatah lagi anda.

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 03

Bagi model Toyota Corolla Cross pula, ia memiliki gaya 'berkotak' yang sinonim dengan Toyota. Malah, ada yang berkata bahawa ini adalah 'baby RAV4' kerana ia mempunyai siluet sebuah Toyota RAV4 tetapi dengan rekaan yang kurang agresif.

Perbandingan Toyota Corolla Cross vs Proton X70
Model Toyota Corolla Cross Proton X70
Panjang (mm) 4,460 4,519
Lebar (mm) 1,825 1,831
Tinggi (mm) 1,620 1,694
Jarak roda (mm) 2,640 2,670
Kapasiti but (L) 440 515

Rekaan Dalaman - Selesa atau tahan lama?

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 04

Tidak dapat dinafikan kelebihan Proton X70, terutamanya pada bahagian dalam. Proton X70 Premium X menggunakan kemasan kulit Nappa yang mewah, menjadikan suasana kabin jauh lebih baik berbanding Toyota.

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 05

Toyota Corolla Cross sebaliknya, tidak semewah Proton X70. Walaupun tiada kulit Nappa, ia masih mengenakan kemasan kulit yang lembut disentuh dan kelihatan seperti ia mampu bertahan dalam jangka masa yang lama. Aksen berwarna perak membantu mengurangkan perasaan yang monotona.

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 06

Salah satu aspek yang membuatkan Toyota Corolla Cross lebih baik daripada Proton X70 adalah sistem infotainmentnya - Toyota Corolla Cross menawarkan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 07

Isu pelesenan Apple CarPlay dan Android Auto yang kompleks menyaksikan pengeluar domestik tidak akan menawarkan fungsi ini. Fungsi ini sangat memudahkan untuk pengeluar dan pembeli justeru ia memakan kos yang sangat mahal dan perlu dibayar oleh pengeluar.

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 08

Sistem infotainment Proton X70 yang boleh dikawal suara kadang kala terasa seperti gimik pemasaran sahaja. Ia tidak begitu tepat walaupun dalam bahasa Inggeris tetapi Geely tetap berminat untuk membangunkan 'Hi Proton' dalam bahasa Thai. Bahasa Melayu? Harap-harap ada.

Trenkuasa - Turbo vs NA

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 09

Kedua-dua model ini menggunakan enjin 4 silinder 1.8 liter. Untuk harga cukai jalan yang sama, ada yang berbeza. Ikuti perbandingan kuasa di bawah:

Output Kuasa
Model Kuasa kuda (PS) Tork (Nm)
Toyota Corolla Cross 139 172
Proton X70 184 300

Proton X70 menggunakan enjin 1.8 liter turbo yang mencatatkan sebanyak 184 PS dan 300 Nm, sementara Toyota Corolla Cross mendapat enjin 1.8 liter NA yang mencatatkan sekadar (139 PS, 172 Nm).

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 10

Proton X70 memang berkuasa tetapi jangan lupa, ia adalah sebuah SUV yang dahagakan petrol. Ujian Wapcar.my mendapati penggunaan bahan api sebanyak 10.6 liter / 100 km. Mampukah Toyota Corolla Cross memperbaiki angka itu? Tunggu rebiu penuh kami.

Selain itu, jangan lupa bahawa Toyota Corolla Cross menggunakan platform TNGA. Ia terasa jauh lebih lincah dan mudah dikendalikan berbanding Proton X70 yang sarat dan terasa sedikit berat.

Ciri Keselamatan - Toyota Corolla Cross dengan TSS, baik sikit lah

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 11

Kedua-dua model nampak setara dengan kelengkapan keselamatan masing-masing.

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 12

Kedua-dua SUV menawarkan adaptive cruise control (ACC), brek kecemasan berautonomi, amaran penukaran lorong dan pemantauan titik buta. Lebih menari lagi, kedua-dua SUV ini juga menawarkan kamera pandangan 360 darjah - sebuah ciri yang sangat berguna untuk sebuah SUV keluarga.

Toyota Corolla Cross dengan Toyota Safety Sense (TSS) juga menawarkan pengesanan pejalan kaki dan ia juga dapat mengesan kenderaan kecil dalam keadaan kurang cahaya.

Walaupun kedua-dua SUV tidak dilengkapi dengan low speed follow, Proton X70 kurang lengkap kerana tidak mempunyai Lane Keep Assist (LKA).

Harga - Bertindih jadi mana yang lebih berbaloi?

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 13

Dengan harga bermula dari RM 95k sebelum mencapai harga paling tinggi pada RM 123k, tidak dapat dinafikan faktor nilai Proton X70.

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 14

Pada masa yang sama, struktur cukai yang bias menyebabkan julat harga Toyota Corolla Cross dari RM 124k hingga RM 134k, sedikit lebih tinggi daripada Proton.

Harga
Model Harga
Proton X70 RM 94,800 - RM 122,800
Toyota Corolla Cross RM 124,000 - RM 134,000

Jika anda mencari lebih banyak kelengkapan dan kuasa dengan harga yang ditawarkan, sudah tentulah Proton X70 pilihan anda. 

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 15

Tetapi jika anda meminati reputasi Toyota dengan keandalan yang terbukti, tak salah untuk memilih Toyota Corolla Cross. Lagipun, model Proton X70 (Geely Boyue) dikatakan bakal menerima generasi baharu untuk tahun 2022. Ini bermakna, model sekarang akan digantikan tidak lama lagi.

Kesimpulan - Nilai dilihat dari segi apa?

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 16

Secara konklusinya, apakah nilai bagi anda? Jika ciri kelengkapan dan kuasa perlu berbaloi dengan harga yang dibayar, maka anda tahu calon mana yang lebih baik.

Jika anda mahu membayar untuk sebuah kenderaan yang boleh bertahan lama, malah terbukti pula, anda juga tahu calon mana yang lebih diingini.

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 17

Jangan lupa, sokongan selepas jualan juga penting bagi mereka yang membayar harga yang tinggi untuk sesebuah kenderaan. Kita sedia maklum pengeluar mana yang sedang dibebani masalah sokongan selepas jualan.

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 18

Toyota Corolla Cross juga bukan lah suatu SUV yang 'cikai'. Ia tetap sebuah SUV yang sangat sesuai untuk kegunaan keluarga. Melihat kepada julat harga yang ditawarkan sesuai dengan golongan berpendapatan yang disasarkan.

Toyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi? 19

Jadi kita berbalik kepada tanggapan nilai yang mana sesuai dengan anda. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri, baik dari segi produk itu sendiri mahupun dari segi pemilikan jangka panjang.

Bacaan Lanjut:

2021 Toyota Corolla Cross vs Subaru XV - TNGA vs AWD

Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV!

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V vs Subaru XV - bonet mana boleh sumbat banyak barang?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda