Imej gambaran Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 dipertontonkan!
Umum mengetahui bahawa Proton bakal melancarkan Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 di laman Facebook rasmi mereka. Model tersebut bakal dilancarkan Khamis 9 Julai 2020 bagi meraikan pencapaian penghasilan Proton Saga selama 35 tahun.
Kami terjumpa beberapa imej gambaran oleh warganet Facebook, Philip Choy yang memberikan sentuhan beliau mengenai Proton Saga Edisi Ulangtahun ini.


Ternyata imej gambaran beliau lebih menarik, dengan rim berwarna kuning dan jalur kuning yang melingkari gril bawah hadapan. Logo baru Proton turut diberi sentuhan berwarna kuning dengan logo baru Proton (imej acah rasmi menunjukkan logo lama).


Gambaran ini memang sangat menarik. Turut mengingatkan kami dengan model terhad Toyota Sprinter Trueno AE86 Black Limited.
Tiada maklumat mengenai kemasan dalamannya namun kemasan dalamannya mungkin menerima tona warna yang sama seperti warna luarannya.
Jika anda berminat untuk memiliki Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020, tunggu pengumuman Proton melalui laman web atau Facebook rasmi pada Khamis ini, 9 Julai 2020 pada pukul 10.35 pagi.
Kredit gambar: Philip Choy


Haris Penulis
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.