window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia

Haris · Nov 8, 2020 11:00 AM

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 01

Kenderaan 7 penumpang atau lebih dicari, kereta 7 seater mampu milik memang kegemaran rakyat Malaysia. Maklumlah, rakyat Malaysia ni berkeluarga besar. Bukan setakat anak-anak, mak ayah dan sanak saudara pun seronok jika diangkut sekali salam kereta 7 seater ni. Oleh itu tentulah ramai yang mencari kereta bawah 100k untuk segmen ini.

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 02

MPV atau SUV, selalunya bukan isu utama. Harga yang berbaloi lebih diutamakan. Alang membeli menang memakai. Kajian juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia suka menggunakan 1 kenderaan yang pelbagai guna. Dah ada, baru cari kenderaan kedua.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kini, kita ada 5 kenderaan 7 penumpang bawah RM100k! Apa kelebihan dan kekurangannya? Nilaikan bersama.

1. Mitsubishi Xpander - MPV terbaik Malaysia

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 01

Harga: RM 91,369

Sebagai pencabar terbaru dalam pasaran ini, Mitsubishi Xpander diposisikan sebagai sebuah crossover, kereta besar berbanding persepsi ramai yang mendakwa ini kereta MPV. Terminologi yang lebih tepat ini penting, kerana Mitsubishi Xpander mempunyai ciri-ciri kendalian yang bagus, sistem suspensi terbaik, enjin MIVEC, malah ada Mitsubishi Xpander versi rali!

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 02

Lengkap dengan pelbagai ciri-ciri penting seperti dashcam, kamera 360 darjah, sistem infotainment 9 inci dengan Apple Carplay dan Android Auto, Mitsubishi Xpander antara sebuah kereta 7 seater mampu milik yang sangat berbaloi.

Baca: Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik?

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 03

Sesuai untuk: Pengguna yang betul-betul mahukan ruang dan kelengkapan terkini.

Kelebihan: Banyak ruang penyimpanan tersembunyi, tempat duduk baris ketiga sesuai untuk dewasa dan kelengkapan yang bagus

Kekurangan: 2 beg udara

2. Honda BR-V - kereta MPV terbaik di Malaysia

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 04

Harga: RM 89,900 - RM 96,900

Kereta MPV dari Honda ini mempunyai kelebihan dari segi kuasa. Ia menggunakan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder yang menjana 120 PS kuasa kuda pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,600 rpm. Honda BR-V baru sahaja menerima kemaskini pada pertengahan tahun 2020.

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 05

Fit and finish agak ngam

Tanpa sebarang saingan kuat dari Toyota mahupun pengeluar bukan tempatan lain dengan harga bawah RM 100k, Honda BR-V menikmati penjualan yang agak baik. Honda BR-V merupakan pilihan utama (sebelum kehadiran Xpander) bagi mereka yang menginginkan kualiti kereta MPV murah buatan Jepun.

Baca: Honda BR-V: Adakah harganya penghalang terbesar?

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 06

Baris ketiga sesuai untuk kanak-kanak

Sesuai untuk: Pengguna yang ambil peduli kekuatan enjin, kesedapan pemanduan dan praktikaliti ruang

Kelebihan: Paling berkuasa, jarak kelegaan tanah rendah dan aspek praktikaliti yang tinggi

Kekurangan2 beg udara, sistem infotainment lapuk

3. Perodua Aruz - SUV terbaik Malaysia 2021

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 07

Harga: RM 72,900 - 73,226

Antara SUV 7 seater kegemaran ramai, Perodua Aruz menjengah ke pasaran pada tahun 2019 dan masih laris dengan lebih 3,000 unit terjual pada bulan Oktober 2020. Agak laris jika dibandingkan dengan Proton X70 pada 2,216 unit sahaja.

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 08

Mengapa ia laris? Perodua Aruz mungkin bukan yang kereta 7 seater paling berkuasa atau paling sedap dikendalikan tetapi ia masih yang paling selamat. Jimat minyak (berbanding kenderaan 7 penumpang lain), tidak banyak meragam dan boleh dipercayai menjadikan Perodua Aruz pilihan utama rakyat Malaysia.

Baca: Kebaikan dan keburukan: Perodua Aruz – SUV 7 tempat duduk yang berbaloi?

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 09

Sesuai untuk: Pengguna yang mengutamakan keselamatan, SUV yang tegap, mahu 7 tempat duduk pada harga yang mesra poket

Kelebihan: Keselamatan terbaik, kelengkapan terkini, ruang yang praktikal

Kekurangan: Kurang selesa dan kurang berkuasa

4. Proton Exora - kereta MPV murah

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 10

Harga: RM 59,800 - 66,800

Proton Exora mempunyai pengikut yang tersendiri dan tegar. Kelebihan kereta MPV ini adalah saiznya yang besar. Berbanding pencabar lain dalam senarai ini, Proton Exora satu-satunya kereta besar yang berada dalam segmen C, satu segmen lebih besar dari model lain dalam senarai ini.

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 11

Bukan hanya saiz, Proton Exora mempunyai kendalian yang agak memuaskan. Talaan Proton Ride & Handling memang tidak mengecewakan ditambah pula dengan enjin turbo. Ia masih sebuah MPV yang agak berkuasa walaupun tidak sehebat Honda dan Mitsubishi.

Baca: MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun?

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 12

Sesuai untuk: Pengguna yang mengutamakan ruang dan kualiti pemanduan

Kelebihan: Ruang maksimum, enjin berkuasa dengan kualiti pemanduan yang memuaskan

Kekurangan: Terlalu lama dalam pasaran, kelengkapan dan teknologi semuanya lama

5. Perodua Alza - Kereta MPV murah

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 13

Harga: RM 49,944 - 60,525

Perodua Alza hadir di pasaran sebagai pencabar Proton Exora. Walaupun kereta MPV ini tidak dapat memuatkan keseluruhan 7 orang dewasa, ia masih dikira sebagai kenderaan 7 penumpang. Oleh yang demikian, ia layak di dalam senarai kereta MPV terbaik Malaysia.

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 14

Atas popularitinya, Perodua Alza masih lagi bertahan sehingga kini. Pemanduan dan pengendalian Alza lebih mirip dengan kereta. Hal ini kerana Alza dibina berdasarkan generasi awal Myvi tetapi Aruz dibina berdasarkan Toyota Avanza. Hal ini memberi gambaran keselesaan dan dinamik pemanduan yang lebih baik pada Perodua Alza berbanding Aruz.

Baca: Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke?

Panduan: 5 kereta MPV/SUV 7 penumpang bawah RM 100k untuk rakyat Malaysia 15

Sesuai untuk: Pengguna yang mementingkan penjimatan

Kelebihan: Paling murah, jimat minyak dan kendalian pemanduan yang baik

Kekurangan: Terlalu lama dalam pasaran, ketinggalan jadi kurang berbaloi walaupun murah.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda