Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios?

Zamil Syaheer · Feb 26, 2021 08:00 PM

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 01

Tahun 2020 menyaksikan debut meletup Proton X50 ke pasaran Malaysia. Kini, ramai yang menanti debut Perodua Ativa (D55L) pada 3 Mac 2021.

Dengan anggaran harga RM 73,400 bagi varian tertinggi, Perodua Ativa 1.0 AV jauh lebih murah berbanding Proton X50 1.5T Standard dan Toyota Vios 1.5 J.

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 02

Jadi adil ke untuk kami membandingkan Toyota Vios dan Proton X50 varian aras mula berbanding Perodua Ativa varian paling tinggi? Senang je – harga. Ketiga-tiga kereta ini mempunyai harga 80k ke bawah.

Harga
Model Harga (RM)
Perodua Ativa 1.0 AV 73,400 (anggaran)
Toyota Vios 1.5 J 74,623
Proton X50 1.5T Standard 79,200

Walaupun Ativa dan X50 adalah SUV, tetapi keduanya tidak menawarkan kemampuan off-road. Ketiga-tiga kereta juga menawarkan jumlah tempat duduk dan ruang dalaman yang sama.

Prestasi enjin – X50 menang dengan mudah

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 03

Diantara trio ini, Proton X50 1.5T Standard dan Perodua Ativa 1.0 AV menggunakan enjin bercas turbo. Proton X50 1.5T Standard menghasilkan 150 PS dan 226 Nm dari enjin 1.5 liter 3 silinder bercas turbo.

Manakala Ativa menghasilkan 98 PS dan 140 Nm daripada enjin 1.0 liter 3 silinder bercas turbo yang lebih kecil. Toyota Vios pula kekal dengan enjin 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural yang menghasilkan 107 PS dan 140 Nm.

Angka trenkuasa
Model Kuasa (PS) Tork (Nm)
Perodua Ativa 1.0 AV 98 140
Toyota Vios 1.5 J 107 140
Proton X50 1.5T Standard 150 226

Walaupun Perodua Ativa nampak macam kurang ‘power’ dalam trio ini, tetapi anda kena ingat nisbah kuasa-ke-berat. Jika berat Ativa sama dengan Toyota Raize dan Daihatsu Rocky, iaitu 980 kg, maka nisbah kuasa-ke-berat Ativa ialah 100 PS/ton.

Proton X50 1.5T Standard pula mempunya nisbah kuasa-ke-berat 113.2 PS/ton kerana beratnya adalah 1,325 kg.

Toyota Vios pula dengan enjin aspirasi natural hanya mampu berpuas hati dengan nisbah kuasa-ke-berat 93.4PS/ton.

Nisbah kuasa-ke-berat
Model Nisbah kuasa-ke-berat (PS/ton)
Toyota Vios 1.5J 93.4
Perodua Ativa 1.0 AV 100
Proton X50 1.5T Standard 113.2

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 04

Malah kami yakin yang Perodua Ativa dengan berat bawah satu ton bakal mencatatkan masa yang lebih kurang sama dengan Proton X50 pada ujian 0-100 km/j, walaupun Proton tidak berkongsi masa 0-100 km/j bagi varian MPI (varian 1.5 TGDI mencatatkan masa 8.6 saat dalam ujian 0-100 km/j yang kami lakukan).

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 05

Sebagai perbandingan, Toyota Raize versi pacuan semua roda (AWD) mencatatkan masa 9.6 saat dalam pecutan 0-100 km/j, 1 saat lebih dari Proton X50 1.5T Flagship.

Kami yakin Ativa dengan pacuan roda depan lebih laju daripada itu, mungkin mencatatkan masa yang hampir dengan Proton X50 1.5T Standard.

Penggunaan Minyak – Ativa adalah juara

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 06

Enjin bercas turbo Perodua Ativa yang kecil lebih efisyen, walaupun ianya bukanlah paling berkuasa dalam perbandingan ini. Dengan transmisi Dual-Mode CVT, Perodua mendakwa ia akan memberi bacaan 5.3 liter/100 km.

Angka penggunaan minyak (oleh pengeluar)
Model Penggunaan minyak (liter/100 km)
Perodua Ativa 1.0 AV 5.3
Toyota Vios 1.5 J 5.8
Proton X50 1.5T Standard 6.5

Walaupun Toyota Vios tidak menggunakan enjin bercas turbo yang kecil, ia masih mampu mencatatkan bacaan penggunaan minyak terbaik dengan 5.8 liter/100 km.

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 07

Kereta yang paling berkuasa dan juga paling berat adalah Proton X50 1.5T Standard, dengan bacaan 6.5 liter/100 km.

Kesemua bacaan ini adalah angka penggunaan minyak yang diberikan oleh pengeluar kereta masing-masing.

Ciri Keselamatan – Ativa menawarkan pakej yang cukup komprehensif

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 08

Perodua Ativa adalah model pertama dari Perodua yang dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS 3.0 (generasi ketiga). Ia merangkumi beberapa ciri seperti Lane Keep Control (LKC), Blind Spot Monitor (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), dan Adaptive Cruise Control (ACC).

Kelengkapan keselamatan ini termasuklah penambahan lain seperti Pre-Collision Braking (PCB), Pre-Collision Warning (PCW), Lane Departure Warning (LDW), dan Lane Departure Prevention (LDP).

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 09

Selain itu, Ativa juga dilengkapi dengan lampu depan LED adaptif (Adaptive Driving Beam), kelangkapan yang tidak pernah ada sebelum ini bagi Perodua, malah bagi kereta bawah julat harga RM 100k.

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 10

Beralih kepada Toyota Vios 1.5 J pula, ia dilengkapi dengan 7 beg udara dan kawalan stabiliti. Tetapi, tiada sistem bantuan pemandu ADAS bagi Vios 1.5 J kerana ciri tersebut hanya ada pada varian tertinggi.

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 11

Sama juga ceritanya dengan Proton X50 1.5T Standard. Walaupun Proton X50 1.5T Flagship dilengkapi dengan ciri keselamatan yang canggih, model aras mula yang kami bandingkan ini agak "kosong". Beg udara pun ada 4 sahaja berbanding 6 di varian teratas.

Ciri Keselamatan
Model Keselamatan Aktif Keselamatan Pasif
Perodua Ativa 1.0 AV LKC, LDW, LDP, ACC, BSM, RCTA, PCB, PCW, ESC, TCS 6 beg udara
Proton X50 1.5T Standard ESC, TCS 4 beg udara
Toyota Vios 1.5 J ESC, TCS 7 beg udara

Harga – Ativa menawarkan nilai yang terbaik

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 12

Dengan anggaran harga diantara RM 62,500 sehingga RM 73,400, Perodua Ativa adalah SUV terbaru yang paling murah di Malaysia. Adakah ini menandakan dominasi sedan segmen B bakal berakhir di Malaysia?

Konklusi – Anda masih inginkan Proton X50 atau Toyota Vios

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 13

Perodua Ativa 1.0 AV menawarkan pelbagai kegunaan dan ciri yang menarik dalam satu pakej SUV yang mantap. Jimat minyak, kuasa yang mencukupi, dan ciri keselamatan yang tidak pernah dilihat dalam model bawah RM 100k.

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 14

Tetapi, jika anda inginkan kuasa lebih dan juga interior yang premium, maka Proton X50 1.5T Standard adalah pilihan terbaik. Interior Ativa nampak lebih ‘utilitarian’ berbanding X50, dengan reka bentuk dengan lekuk futuristik, serta penggunaan bahan yang memberikan rasa "mahal".

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 15

Jika anda seorang yang lebih tradisional dan sukakan sedan berbanding SUV, semestinya Toyota Vios adalah opsyen yang sesuai.

Walaupun varian dalam perbandingan ini adalah 1.5 J, tetapi ia menawarkan lebih banyak beg udara disini dengan 7, berbanding X50 1.5T Standard dengan hanya 4 beg udara.

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios? 16

Toyota Vios juga semestinya jauh lebih selesa dan mempunyai tahap kawalan yang lebih baik kerana bentuknya dan juga penggunaan tayar bersaiz 15 inci berbanding 17 inci.

Tambahan pula, ianya jauh lebih murah untuk menggantikan tayar Vios berbanding X50 ataupun Ativa. Jadi mana satukah pilihan anda?

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru