window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ringkasan: Proton Saga, sangat berbaloikah untuk bawah RM 40 ribu?

Mersita · Jul 3, 2020 11:00 AM

Ringkasan: Proton Saga, sangat berbaloikah untuk bawah RM 40 ribu? 01

Proton Saga telah diberi facelift pada tahun 2019 berserta beberapa penambahbaikan. Tambahan pula, harganya juga diturunkan – bermula dari RM 32,800 (RM 32,400 tanpa SST) untuk varian Standard MT manakala RM 39,800 (RM 39,300 tanpa SST) untuk varian Premium AT.

Salah satu perubahan yang paling besar pada facelift ini ialah transmisi baru 4-kelajuan automatik, menggantikan CVT.

Ringkasan: Proton Saga, sangat berbaloikah untuk bawah RM 40 ribu? 02

Kelebihan dan Kekurangan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi mereka yang pernah memandu Saga FLX dan Saga 2019 selama beberapa tahun, transmisi automatik dengan 4 kelajuan ialah pilihan yang jauh lebih baik untuk kegunaan seharian.

Transmisinya berfungsi dengan lancar dan ia lebih senyap berbanding CVT. Ia tidak lagi teragak-agak untuk memasuki throttle pertamanya apabila pemandu hendak cepat-cepat bergerak daripada posisi henti. Malah, ia berkelakuan seperti transmisi automatik 4-kelajuan konvensional yang biasa digunakan oleh pemandu.

Ringkasan: Proton Saga, sangat berbaloikah untuk bawah RM 40 ribu? 01

Satu lagi peningkatan yang besar ialah sistem infotainmennya dengan skrin sentuh 7 inci. Penggunaannya amat lancar, grafiknya jelas, dan responnya agak pantas. Satu lagi yang mengagumkan ialah kualiti audionya yang datang dari sistem 4 speaker, dengan bass yang sedap dan treble yang hebat.

Ringkasan: Proton Saga, sangat berbaloikah untuk bawah RM 40 ribu? 02

Seperti kebanyakan kereta Proton, pemanduan dan kawalannya ditala dengan baik. Kawalannya kemas dan suspensionnya menetap cekap apabila dipandu di atas jalan tidak rata.

Ringkasan: Proton Saga, sangat berbaloikah untuk bawah RM 40 ribu? 03

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu ergonomik pada kereta ini. Dalam varian Premium, bahagian belakang kabinnya tiada pencahayaan. Tempat duduk belakang juga tiada sandaran kepala yang boleh dilaras dan ia agak rata. Disebabkan oleh sistem infotainmennya yang baru, salur penghawa dingin di tengah dipasang pada posisi yang agak rendah.

Ringkasan: Proton Saga, sangat berbaloikah untuk bawah RM 40 ribu? 04

Yang pastinya, Saga tidak secekap minyak berbanding Perodua Bezza. Kami merekodkan purata 6.7 liter/100 km pada Saga, berbanding 6.3 liter/100 km pada Perodua Bezza.

Secara keseluruhannya, Saga menawarkan pengalaman pemanduan yang mantap berserta beberapa perincian premium. Semestinya ada perkara yang kurang memuaskan bagi harga yang anda bayar, tetapi tiada lagi kereta lain yang boleh menawarkan kelengkapan dalam Saga pada julat harga ini.

Ringkasan: Proton Saga, sangat berbaloikah untuk bawah RM 40 ribu? 05

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda