window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton

Mersita · Jan 24, 2022 02:00 PM

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 01

Disebabkan gangguan sporadik dialami perniagaan angkara Covid-19 dan juga kekurangan bekalan cip semikonduktor, jualan keseluruhan kereta baru (total industry volume, TIV) di Malaysia menjunam ke tahap paling rendah sejak 14 tahun, hanya 508,911 unit.

Jualan kereta baru turun 4 peratus dari TIV 2020 yang merekodkan 529,514 unit. Titik paling rendah seterusnya dalam sejarah TIV Malaysia ialah 487,176 unit pada 2007.

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebahagian besar daripada penurunan ini datang dari jualan kereta penumpang yang menguncup 5.9 peratus. Kekurangan alatan semikonduktor yang berlanjutan serta gangguan dalam rantaian bekalannya disebabkan oleh PKP memberi kesan amat besar dalam penghasilan Perodua Myvi, kereta No.1 paling laris di Malaysia.

Memandangkan penghantaran ‘King’ ini tertangguh selama lebih 6 bulan, impaknya terhadap TIV keseluruhan Malaysia – terutama sekali bagi segmen kereta penumpang yang terjual sebanyak 446,431 unit pada tahun lalu (turun 5.9 peratus) – teramatlah ketara.

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 01

Perodua menjual 190,291 buah kereta pada 2021 – turun 13.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Jualan Myvi menjunam 28.6 peratus kepada hanya 47,525 unit berbanding 66,630 unit pada 2020.

Bagaimanapun, dalam sektor kenderaan komersial, suasananya agak berbeza. Jualan kenderaan komersial berkembang dengan jayanya sehingga 15.9 peratus atau 35,220 unit.

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 02

Datuk Aishah Ahmad, Presiden Malaysia Automotive Association berkata: “Pertumbuhan dalam jualan kenderaan komersial adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan apabila syarikat-syarikat mula melabur bagi persediaan pemulihan ekonomi setelah setahun perlahan.”

“Beberapa sektor ekonomi seperti e-perdagangan, kesihatan dan logistik yang dianggap sebagai aktiviti-aktiviti perlu (essential), tidak dihalang dari beroperasi dan telah menikmati pertumbuhan dalam perniagaan mereka pada 2021.”

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 03

72 peratus daripada kenderaan komersial yang terjual datang daripada trak pikap. Dalam dunia trak pikap, pasti ramai dah tahu yang Toyota Hilux memang ‘king’. Oleh itu, selamat untuk kita katakan yang Toyota Hilux menanggung sebahagian besar beban dalam memperlahankan penurunan TIV Malaysia.

UMW Toyota Motor tidak mendedahkan jumlah keseluruhan unit Toyota Hilux yang terjual. Namun, data MAA menunjukkan bahawa sebanyak 19,796 unit trak pikap telah dipasang domestik (CKD) pada tahun lalu, dan Toyota Hilux merupakan satu-satunya trak pikap CKD di Malaysia bagi hampir seluruh tahun 2021.

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 04

JMC Vigus Pro juga dipasang domestik, iaitu di kilang Tan Chong di Segambut. Namun, ia baru saja dilancarkan pada Oktober tahun lalu dan jumlahnya terlalu kecil untuk diambil kira dalam topik ini. Maka, kami anggarkan secara kasar jumlah jualan keseluruhan Hilux iaitu pada sekitar 19,000 unit.

Menurut anggaran ini, ia juga bermaksud yang jualan Hilux telah berkembang sehingga kira-kira 25 peratus apabila keseluruhan industri menguncup sehingga 4 peratus!

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 05

Kami juga tahu yang Mitsubishi Triton ialah trak pikap No.2 paling laris di Malaysia pada 2021, dengan 9,268 unit terjual – meningkat pada kadar lebih tinggi iaitu 34 peratus pada tahun lepas.

Jika dikumpulkan semuanya, Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton menyumbang 50 peratus daripada semua kenderaan komersial yang terjual di Malaysia.

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 06

Walau Nissan Navara yang sudah lama berada di pasaran merekodkan prestasi yang amat positif. Ini hanya membuktikan bahawa pembeli trak pikap hanya mahukan kenderaan yang praktikal dan tidak kisah tentang model baru, asalkan ia nampak hebat dan dijual pada harga berpatutan.

Trak-trak pikap lain seperti Isuzu D-Max dan Ford Ranger juga merekodkan permintaan tinggi, namun pengedar dibelenggu dengan isu bekalan.

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 07

MAA juga menambah yang penurunan TIV ini barangkali jadi lebih teruk lagi jika tiada pakej stimulus yang diumumkan kerajaan.

“MAA juga ingin menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan atas pelanjutan insentif pengecualian cukai jualan, bukan sekali saja namun tiga kali; dimana lanjutan terkini diberi sehingga 30 Jun 2022 seperti yang diumumkan ketika Bajet 2022. Kami amat bersyukur atas semua sokongan yang diberikan kepada industri bagi memastikan kelestarian industri ini,” kata Datuk Aishah Ahmad.

Jualan kereta penumpang dijangka akan pulih semula pada tahun ini, disokong oleh pelancaran beberapa model baru yang penting dan berjumlah tinggi.

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 08

Menurut sejarah, setiap kali satu model baru yang penting dikeluarkan Perodua, Proton, Toyota, atau Honda dilancarkan, kita dapat melihat pertumbuhan ketara dalam TIV.

Baca juga: Jualan kereta di Malaysia tahun 2022 dijangka cecah 540,000 unit, bahagian pasaran SUV kini 30%

2022 juga akan menjadi tahun penuh pertama bagi Toyota Corolla Cross, yang sudahpun mendapat sambutan memberangsangkan sejak hari pertama ia dijual. Pesaing sengitnya, Honda, juga akan melancarkan Honda HR-V 2022 tak lama lagi.

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 09

SUV kini memegang 30 peratus daripada jualan kereta penumpang baru di Malaysia, dan ia merupakan jenis badan kenderaan paling pesat pertumbuhannya – jualan meningkat sehingga 43 peratus tahun lepas! Sebahagian besar prestasi ini tercapai dari jualan Perodua Ativa.

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 10

Proton X70 yang semakin lama di pasaran (ia sudahpun dijual di China bertahun-tahun sebelum ia diperkenalkan di Malaysia) juga akan dinaiktaraf dengan enjin 1.5 liter TGDi berpengecas turbo ‘direct injection’ seperti yang dilihat di dalam Proton X50.

Baca juga: MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun?

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 11

Imej lakaran oleh Theophilus Chin

Perodua akan menggantikan Perodua Alza lama kepada model serba baru, yang juga akan membentuk asas bagi Toyota Avanza, dimana ia juga akan dikilangkan di bawah kontrak oleh Perodua bagi UMW Toyota Motor – serupa dengan aturan terkini antata Perodua Rush dan Toyota Rush.

Baca juga: Perodua Alza generasi baru (D27A) sah dilancarkan pada tahun 2022, siap D-CVT, DNGA & ADAS!

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 12

Selain itu, Mitsubishi juga akan menaiktaraf Mitsubishi Xpander dengan kotak gear automatik jenis CVT yang baru dan lebih cekap minyak bagi menggantikan kotak gear automatik 4 kelajuan di dalam model terkini.

Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton 13

Bagi sedan berjumlah tinggi pula, kita boleh jangkakan kemunculan Proton Saga 2022. Ia bukanlah model generasi baru, namun hanyalah naiktaraf pertengahan kitaran hidup model berkenaan sebagai pembaharuan.

Tambahan pula, akan ada Toyota Camry 2022 baru dengan enjin Dynamic Force, namun disebabkan oleh harganya yang mahal, model ini tidak akan menyumbang jumlah besar dalam jualan keseluruhan industri.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda