window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perbandingan Skor: Proton X70 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Kualiti dan Kelengkapan

Mersita · Jun 23, 2020 02:34 PM

Perbandingan Skor: Proton X70 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Kualiti dan Kelengkapan 01

Proton X70, Honda CR-V dan Mazda CX-5 adalah SUV yang dipasang di Malaysia dan kali ini, kami ingin mengkaji SUV yang mana mempunyai binaan dan kualiti material paling baik berserta yang mana paling lengkap kelengkapannya.

Proton X70 – Kualiti Binaan dan Kelengkapan

Perbandingan Skor: Proton X70 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Kualiti dan Kelengkapan 02

Perlu diingatkan bahawa Proton X70 yang dipandu-uji oleh kami adalah model CBU atau fully-imported. Kualiti binaannya cukup sempurna dengan padatan dan kemasan yang hebat pada bahagian luar dan dalam kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model CKD yang kami uji tiada kelainan yang ketara dari segi kualiti dan skor yang diberi bagi aspek ini adalah sama rata.

Perbandingan Skor: Proton X70 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Kualiti dan Kelengkapan 01

Ruangan kabinnya dilengkapi dengan material yang premium serta kelengkapan yang canggih. Kulit Nappa, sunroof panoramik, kamera 360 darjah serta Advanced Driving Assistance System (ADAS) adalah beberapa kelengkapan yang jarang sekali boleh didapati pada harga ini. Walaubagaimanapun, ia tiada sambungan untuk Android Auto dan Apple CarPlay.

Honda CRV – Kualiti Binaan dan Kelengkapan

Perbandingan Skor: Proton X70 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Kualiti dan Kelengkapan 02

Kualiti binaan Honda CR-V boleh diterima untuk harganya. Kereta ini ialah yang paling kurang kualiti binaannya dalam perbandingan ini. Jurang panel pada bahagian luaran dan dalamannya berada pada tahap jangkaan kami, serta material kabinnya juga agak baik. Tetapi bagi syarikat otomotif ini, ia adalah kereta yang paling kurang kualiti binaannya dan juga paling kurang rasa premiumnya.

Perbandingan Skor: Proton X70 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Kualiti dan Kelengkapan 03

Honda CR-V 1.5 TC-P mempunyai semua aspek yang diperlukan sebagai SUV untuk keluarga dengan kelengkapan lengkap Honda Sensing; dimana ia didatangkan dengan Lane Keep Assist (tiada pada X70) serta Adaptive Cruise Control (tiada pada CX-5) dengan Low Speed Follow. Manakala Apple CarPlay dan Android Autonya pula diintegrasikan dengan cukup baik.

Mazda CX-5 – Kualiti Binaan dan Kelengkapan

Perbandingan Skor: Proton X70 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Kualiti dan Kelengkapan 04

Kualiti binaan Mazda CX-5 cukup memuaskan. Tiada perbezaan pada jurang panel dan walaupun terdapat sedikit kekurangan, perbezaannya hanyalah 0.5 mm sahaja. Ruang kabin pula dilengkapi dengan material lembut dan berkualiti tinggi pada setiap titik sentuh yang penting.

Perbandingan Skor: Proton X70 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Kualiti dan Kelengkapan 05

Dari segi kelengkapan pula, CX-5 Turbo cukup dilengkapi dengan sistem infotainmen skrin-sentuh MZD 7 inci, Apple CarPlay dan Android Auto, tempat duduk hadapan berkuasa, kamera 360 darjah berserta paparan atas-kepala dipancarkan dari cermin hadapan. Tetapi, ADAS dalam kereta ini kekurangan Adaptive Cruise Control.

Pecahan Kualiti & Kelengkapan

Item

Pecahan

X70

CR-V

CX-5

Luaran

Kemasan Cat

3/3

2/3

3/3

Jurang Panel

3/3

1.5/3

3/3

Kualiti Pemasangan

2/3

1.5/3

2/3

Dalaman

Kualiti Binaan

2/3

1.5/3

2/3

Material yang Digunakan

3/3

2/3

3/3

Kualiti Kemasan Material

3/3

1.5/3

3/3

Kelengkapan

Keselamatan

8/10

9/10

8/10

ADAS

4/5

4/5

3/5

Kemewahan

5/5

3/5

4/5

Kemudahan

5/5

4/5

5/5

Infotainmen

3/7

5/7

6/7

Total

 

41/50 mata

35/50 mata

42/50 mata

Secara keseluruhannya, Mazda CX-5 ialah kereta yang paling baik buatannya berserta mempunyai pilihan material yang terbaik.

Bagi kategori kelengkapan pula, Honda CR-V adalah yang paling bagus dengan integrasi Apple CarPlay/Android Auto yang baik disertakan pula dengan ADAS yang lebih komprehensif.

1. Skor Proton X70 2018:

Keselesaan dan Prestasi Pemanduan

Kualiti dan Kelengkapan

Ruang dan Praktikaliti

Penggunaan Bahan Api

2. Skor Honda CR-V 1.5 TC-P 2018:

Prestasi Pemanduan dan Keselesaan

Kualiti dan Kelengkapan

Ruang dan Praktikaliti

Penggunaan Bahan Api

3. Skor Mazda CX-5 2.5 Turbo 2019:

Prestasi Pemanduan dan Keselesaan

Kualiti dan Kelengkapan

Ruang dan Praktikaliti

Penggunaan Bahan Api

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda